Saturday, August 27, 2011

.:Kata-Kata Hikmah Dari Sahabatku:.

Assalamualaikum..

*Sama2 lah kita menghayati dan mengambil ikhtibar dari kata2 indah ini...
credit to my friend Faisal, membe masa STAM dulu di SAMTH klang..:)

*Thanks cz selalu mengingatkan sahabt mu ini..:')

1. Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira.



2. Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usahla lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.




3. Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang
4. Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik.

InsyaALLAH ketemu lagi yaa..

Wasalam:D

Friday, August 26, 2011

.:Solat jumaat:.


Solat jumaat ialah solat 2 rakaat yang di lakukan pada waktu zohor hari jumaat secara berjemaah.

Dalil Al-Quran:

Wahai org2 yg beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari jumaat,maka segera lah kamu pergi mengingati Allah (kemasjid untuk mengerjakan solat jumaat) dan tinggalkan berjual beli,yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

(surah al-jum'ah : 9)

Hadis:

(Riwayat abu daud)
Solat jumaat adalah hak yang WAJIB ditunaikan setiap muslim lelaki dengan berjemaah.

Syarat wajib Solat Jumaat:

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4.Sihat
5. Bermastautin
6. Mardaheka

Syarat sah Solat Jumaat:

1. Didirikan solat jumaat pada waktu zohor.
2. Didahului dengan 2 khutbah.
3. Didirikan di tempat yang ditetapkan.
4. Didirikan dengan berjemaah sekurang-kurangnya 40 orang lelaki.

Thursday, August 18, 2011

AufaZanKi: ~*Ayat 1000 Dinar : Faham & Amal*~

AufaZanKi: ~*Ayat 1000 Dinar : Faham & Amal*~: Surah at-Thalaaq: 2-3 PEMAHAMAN AYAT ** Barangsiapa yang takutkan Allah Taala dengan memelihara hukum2Nya nescaya Allah Taala akan ...

*Alhamdulillah, aku amalkan selalu ayat ni after solat 5 waktu..dan aku dapat rasa kan rezeki tu tak pernah putus...ade hikmah semua ni...Thank yOu ALLAH! :')

Assalamualaikum Permulaan Kata...

Assalamualaikum....:)

Alhamdulillah, Akhirnya wujud jugak blog ni...dah lama aku nk create blog ni, since aku mengajar kat Sekolah Kafa Integrasi Seri Al-Ain, Bandar Baru Kuala Selangor. Banyak benda yg aku belajar dari sana. Especially tentang Agama..yup, aku mengajar kat sekolah agama...:D

So, kat cni aku nk kongsi apa yang aku belajar dan apa yg aku ajar.Then, cuba utk mengubah hidup kita ke arah yang lebih baik...insyaALLAH...:)

Kalau ade apa kekurangan atau kesilapan sila lah tegur ye..Sama2 kita belajar dan menuntut ilmu yang lebih baik utk masa depan kita dan bekalan kita utk ke sana nnti...insyaALLAH!:)