Wednesday, August 17, 2016

Entah Bila Lagi...

bila entah lagi.
.
masa daftar haji tempoh hari, aku diberitahu "insyaAllah umur awak 86 nanti dapatlah pergi".
.
menangis aku terus tak terseka. entah kenapa hati aku begitu lantang berbisik-- "aku tak sampai umur tu".
.
aku terus bisu sepanjang dalam kereta. suami pegang tangan aku memujuk: "takpe. kita simpan je duit. kalau ada rezeki kita-- ada. kalau tak ada-- adalah tu hikmahnya".
.
aku hela nafas paling berat dengan hembusan paling panjang. istighfar. dan terus bagai tersedar.
.
betapa benar. orang duit juta2 sekali pun kalau الله belum nak ajak datang-- tetap takkan sampai. berapa ramai orang kaya masih tak rasa berkehendak. orang2 susah tak menyangka akan dapat haji hajah kalau memang dipanggil الله-- akan muncul rezeki dari mana2-- tiba2 dan mendadak.
.
kadang2 orang dah sampai sana pun belum tentu الله terbitkan rasa mau bersungguh dalam tunaian ibadahnya. sekadar buat wajib dan selebihnya seperti bercuti sahaja. berbanding orang tak dapat pergi yang tahap dah hafal setiap inci dan cara di haramayn sana.
.
semua ini rezeki, fynn. kau meratib hari2 nak pergi, duit dah cukup berlori2 pun-- tak ada satu pun yang mampu beri janji.
.
pasang sahaja niat. tanam sahaja cinta yang kuat. itu pun sudah dikira pahala.
.
wahai rabbi, semoga kami semua sempat merasa nikmatnya menunaikan ibadah haji di atas dunia ketika hayat kami. dan kalau pun tidak ada kesempatannya, tiupkanlah kefahaman kami tentangnya-- dan janganlah kami tergolong dalam mereka2 yang tidak bersyukur.
.
amin.


by Fynn Jamal