Friday, August 26, 2011

.:Solat jumaat:.


Solat jumaat ialah solat 2 rakaat yang di lakukan pada waktu zohor hari jumaat secara berjemaah.

Dalil Al-Quran:

Wahai org2 yg beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari jumaat,maka segera lah kamu pergi mengingati Allah (kemasjid untuk mengerjakan solat jumaat) dan tinggalkan berjual beli,yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

(surah al-jum'ah : 9)

Hadis:

(Riwayat abu daud)
Solat jumaat adalah hak yang WAJIB ditunaikan setiap muslim lelaki dengan berjemaah.

Syarat wajib Solat Jumaat:

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4.Sihat
5. Bermastautin
6. Mardaheka

Syarat sah Solat Jumaat:

1. Didirikan solat jumaat pada waktu zohor.
2. Didahului dengan 2 khutbah.
3. Didirikan di tempat yang ditetapkan.
4. Didirikan dengan berjemaah sekurang-kurangnya 40 orang lelaki.

No comments:

Post a Comment